SEJARAH PENUBUHAN SRI KOTA

       Sekolah Rendah Islam Sri Kota di asaskan oleh Tuan Hj. Ab. Salam Nawi Bin Abdullah yang mana telah menubuhkan sekolah ini pada 1hb januari 1991.Sekolah ini mula beroperasi di alamat PT 841, Jln Hospital, Kota Bharu Kelantan. Pada peringkat permulaan, pelajar hanya ada 2 kelas sahaja iaitu tahun 1 dan tahun 2. Selepas beberapa tahun, pelajar semakin bertambah dan bangunan ini tidak mampu untuk menampung pelajar itu. Sekolah ini kemudiannya berpindah ke tingkat 1, 2 & 3 Jln Sultan Yahya Petra 15150 Kota Bharu Kelantan selama beberapa tahun. Dan Alhamdulillah, Berkat usaha dari semua pihak, pada bulan oktober 2002 bangunan baru sri kota telah siap dibina, sekolah ini telah berpindah ke bangunan sendiri di alamat 1137 Jln Dato' Lundang 15200 Kota Bharu Kelantan.


 MATLAMAT PENUBUHAN SEKOLAH

  • Melahirkan generasi berilmu dan bertaqwa
  • Mendidik kanak-kanak dengan asas aqidah islam yang betul dan kukuh
  • Mensepadukan pelajaran KSSR dan pelajaran Agama Islam dalam pengajaran dan pembelajaran
  • Al-Quran dan As-Sunnah menjadi asas ilmu dan sumber pendidikan
  • Tulisan jawi diutamakan disamping tulisan tulisan rumi dan lain-lainnya
  • Latihan menghafal, kefahaman dan latihan amali dsepadukan
  • Menanam sifat jujur, ikhlas dan berakhlak mulia dalam semua keadaan melalui ko-kurikulum dan khidmat kepada masyarakat dan Negara
  • Untuk menampung usaha yang sedia ada dalam perkhidmatan pendidikan Negara
  • Memupuk kanak-kanak dengan didikan yang sihat supaya sayangkan diri sendiri, masyarakat dan Negara

PIAGAM PELANGAN

  • Berazam meninggikan mutu perkhidmatan
  • Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri
  • Berkhidmat dengan muhibah dan kemesraan
  • Berkerja kearah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan Negara
  • Berkerjasama dengan membenteras kelemahan dan musuh-musuh Negara
  • Berpegang teguh pada ajaran Agama
 
 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola